Isnin, 24 September 2018

Melayu Glokal

  "Melayu Glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah Melayu yang berakar nasional dan berakal internasional...." 

        Apakah itu Melayu Glokal? Glokal dapat dibahagikan dengan dua perkataan iaitu 'Global' dan 'Lokal'. Global merujuk kepada internasional, keantarabangsaan, dan dunia tanpa sepadan. Manakal, lokal bermaksud nasional, tempatan, dan asal usul.

          Melayu yang berakal internaional, serta berakar nasional mampu mengubah masa hadapan anak bangsa yang lebih cerah. Kita dapat mencontohi tokoh - tokoh  melayu seperti Tun Mahathir Mohamad. Beliau sangat dikagumi oleh pihak kawan mahupun lawan. penubuhan MTEN, pemakaian lencana nama, mengubah sistem masa negara menjadi setengah jam awal, adalah langkah yang sangat kehadapan yang ditonjolkan oleh tokoh kita pada harini. Tidak hairanlah beliau telah menerima 'ASEAN Millennium Award' pada tahun 2001. Nama beliau telah diangkat dan diiktiraf sebagai anak Melayu yang paling berjaya sejak 500 tahun dahulu! Sifat beliau yang mempunyai nilai-nilai Islam pada ketika itu, dibuktikan dengan kelantangan suara beliau serta kesungguhannya memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Islam Bosnia  ketika Krisis Bosnia. Beliau juga diiktiraf sebagai The Dragon Of Bosnia iaitu anugerah tertinggi negara Bosnia dari presiden Bosnia pada 1996.
 
       Hendak jadi individu Glokal, individu tersebut harus berani mengahadapi cabaran dan risiko. Sifat Global yang tiada hadnya, menuntut kita untuk menerokai dunia dengan lebih luas. Kita dapat melihat apabila. apabila keputusan berani oleh Petronas. Pada tahun 90-an, orang melayu pmempersoalkan kenapa Petronas membelanjakan wang yang begitu besar untuk mengembangkan operasinya ke luar negara. Harini, Malaysia cukup berbangga dengan Petronas kerana memiliki lebih 35 cawangan di luar negara. Lebih 40% darpada pendapatan Petronas iaitu RM97 billion  datangnya dari luar negara. Ternyata jika Petronas tidak mempunyai keberanian untuk melebarkan sayap ke luar negara, Petronas tidak mungkin menggapai prestasi yang cemerlang pada ketika itu.
   
       Individu Glokalis mesti mendalami ilmu dalam sesuatu bidang. Sifat 'curious' atau fanatik sesuatu ilmu harus diserap dalam jiwa remaja sekarang. Fakta, maklumat dan ilmu pengetahuan haruslah dipelajari sebanyak mungkin agar pencetakan  golongan intelek dalam kalangan Melayu Glokal dapat ditambah baik. Seandainya sesuatu bangsa itu berada dalam kejahilan, nescaya ia tidak dapat menilai sesuatu yang penting dan bermakna kepada mereka. Buktinya, dalam kisah Batu Bersurat yang memiliki nilai estetika yang sangat tinggi menandakan kedatangan Islam sekaligus orang Melayu telah memeluk Islam pada abad ke-13. ia ditemui di kawasan Padang Tara di tepi Sungai Tara, Terengganu. Sayangnya, disebabkan kejahilan orang orang Melayu pada ketika itu, Batu Bersurat dijadikan alas tempat membasuh kaki di masjid selama 16 tahun sebelum ditemui oleh seorang Syeikh dari Riau  Lingga. selepas 20 tahun, gambar batu itu dihantar kepada seorang pengkaji Iinggeris untuk dikaji. Bayangkanlah, tanpa ilmu pengetahuan, kita tidak dapat menghargai dan menilai sesuatu yang sangat signifikan dalam sejarah dan tamadun kita.
  
   Sebagai kesimpulan, janganlah sekadar berbangga dengan kejyaan yang telah kita bina sebelum ini. Perjuangan tidak berhenti pasca milenia, sebaliknya perjuangan harus dipertingkatkan dan diperkasakan dari semasa ke semasa. Jadikanlah perjuangan rakyat Jepun sebagai titik tolak kita untuk lebih berjaya. Bangsa Jepun bangkit dari debu ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki berdasarkan semangat kerja mereka yang cukup tinggi. Slogan Melayu Glokal amat praktikal jika diteladani pada era globalisasi pada zaman ini. 

        " ....... Akar kita berpaksi di Bandar Ipoh, dan Pekan Rembau namun akal kita menerjah ke serata dunia hingga ke Laut Antlantik dan Laut Pasifik. Melayu Glokal bertunjangkan budaya Melayu dan ajaran Islam sebenar dan mempunyai daya fikir sama seperti Ibnu Sina dan Pendeta Zaaba."




9:55 malam,
24 September 2018
M. Nur (Orang Brunei)

1 ulasan: